Monday, November 3, 2008

BLOG LIST ATAU LINK LIST?

Assalamualaikum nyah2 semua. Hari ni Mak nak revises balik apekebendanye BLOG LIST DAN LINK LIST yer. Ok, kedua-duanya mempunyai tujuan yang sama, iaitu menambah pautan kepada alamat blog-blog ataupun website-website kegemaran nyah semua.

Sebagai contoh, Mak ambil dari blog SK Sg. Galah.

Di sebelah kiri, adalah senarai blog yang menggunakan widget BLOG LIST dan di sebelah kanan pula adalah pautan yang menggunakan widget LINK LIST.

BLOG LIST
  • Blog list mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Senarai yang dipaparkan oleh BLOG LIST lebih detail dengan menyatakan jam terakhir bloggers atau website tersebut diupdate atau dikemaskinikan.
  • BLOG LIST juga menyatakan tajuk-tajuk posting terbaru website atau blog yang dipautkan.
  • BLOG LIST memberi pilihan kepada bloggers untuk customize pautan yang dibuat seperti memaparkan gambar (jika ada) di blog yang memaut pada blog anda.
  • Melalui pautan BLOG LIST juga, kita akan tahu mana blog yang telah diupdatekan

LINK LIST
  • Link List merupakan pautan asas kepada blog ataupun website yang dibuat oleh blogger.
  • Ia tidak memaparkan bila kali terakhir blog tersebut dikemaskinikan.
  • Pautan jenis ini amat sesuai jika terlalu banyak alamat yang hendak diletakkan di blog anda.

PILIHAN DI TANGAN ANDA...Selamat mencuba nyah!

1 comment:

Kapten Luffy said...

kapten lg suka blog list... blh tau cerita terbaru ahli lanun.

p/s: mak nyah dah jadi ahli lanun