Showing posts with label FUNGSI COMMENTS. Show all posts
Showing posts with label FUNGSI COMMENTS. Show all posts

Saturday, December 20, 2008

ALTERNATIF UNTUK YANG TIDAK MEMANTAU KOMEN

Adoi...penat Mak hujung minggu ni nyah...banyak kenduri nak kena hadir, nak kena jadi Mak Andam lagi, nak make up pengantin lagi...tak apa, blog ini insyaallah Mak akan sentiasa pantau..

Ok, entry sebelum ini, Mak bagi tips untuk memantau komen-komen yang masuk ke dalam setiap post kita kan...tapi kepada yang memang tidak mahu memantau, tetapi ingin sentiasa mengetahui komen-komen yang dibuat oleh pengunjung secara terkini, nyah boleh cuba widget ini. Setelah selesai, ianya kelihatan sebegini.

Widget ini amat berguna kerana ianya sentiasa mengupdate setiap komen yang dibuat oleh pengunjung. Oleh itu, nyah semua akan sentiasa alert dengan setiap komen yang ditulis...

Macam mana nak buat? Follow mak ye...
Setelah selesai copy, nyah pegi pada LAYOUT -> PAGE ELEMENT -> ADD A GADGET -> KLIK PADA HTML/Javascript -> PASTE KAN KOD DI SINI

Pening? Tak ingat camner nak paste? Meh sini nak mak nak cubit...klik S.I.N.I untuk tatacara menggunakan HTML code dan jangan lupa letak tajuk yang sesuai.

Sebelum nyah klik SAVE, sedikit modifikasi perlu dilakukan, follow Mak..

Ok...mudah kan...dah la..letih mak nak gi umah kenduri lagi nih...bye

Friday, December 19, 2008

COMMENT - MEMANTAU ATAU TIDAK

COMMENT adalah salah satu fungsi paling popular di dalam blog. Setiap entry yang ditaip dan menerima komen dari pembacanya adalah salah kejayaan kepada seseorang bloggers dalam menyampaikan mesej di dalam penulisannya. Tidak kira sama ada komen tersebut pendek ataupun panjang, apa yang penting, pembaca telah membaca entry tersebut dan ingin meluahkan pendapatnya di situ.

Namun begitu, sesetengah komen yang dibuat bukan dari pengunjung tetapi telah pun di set kan untuk muncul oleh pelayar-pelayar yang tidak bertanggungjawab yang cuba mempromosikan blognya. Perkara ini dapat diatasi dengan memantau setiap komen yang diberi.

Kali Mak nak tunjukkan cara kita memantau atau moderate semua kehadiran komen yang ada pada blog nyah-nyah semua. Ada sesetengah bloggers yang memang mahukan komen yang ditulis oleh pengunjungnya atomatik muncul setelah ianya ditulis dan ada yang mahu memantau terlebih dahulu kehadiran komen-komen ini.

Kelebihan memantau komen ialah kita dapat mengetahui entry yang mana yang dikomen oleh pengunjung. Jika kita tidak memantau, berkemungkinan kita boleh terlepas pandang di mana komen tersebut di buat.

BAGAIMANA HENDAK MEMANTAU KOMEN ANDA:

Seperti biasa, nyah kena log in untuk munculkan DASHBOARD nyah!


Setelah selesai, ape lagi nyah...tunggu la orang komen kat blog nyah, lepas tu, jika ada yang menulis apa komen, diruangan komen tersebut akan muncul pernyataan seperti berikut:Sesetengah bloggers yang kurang ariff, dia akan menulis semula komennya kerana menyangka komennya sebentar tidak berjaya...lantak dia la..auwww...yang pastinya, anda boleh memadam komen-komen yang terlebih tulis tadi...
Semua pemantauan akan berada di DASHBOARD nyah semua seperti contoh dibawah:

Kemudian, nyah kembali ke blog dan klik REFRESH....komen-komen terbaru tersebut akan masuk kemudiannya...ok?

Selamat Mencuba!