Showing posts with label TEKNIK ASAS BLOG. Show all posts
Showing posts with label TEKNIK ASAS BLOG. Show all posts

Thursday, October 23, 2008

MEMBINA 3 COLUMN BLOG

Assalamualaikum dan salam sejahtera nyah nyah sekalian...

Hari ini Mak dapat request lagi, kali dari myri pulak. Dia ngada-ngada nak buat tiga kolum punya blog. Ok lah, mak ni baik hati nanti mak ajar sikit-sikit yer nyah, sabor ye..

Untuk membuat tiga kolum blog nyah harus ingat beberapa perkara:

1) Jika nyah menukarkan blog nyah yang sedia ada tersebut, semua links (pautan-pautan) yang nyah ada sekarang akan hilang. Oleh itu, nyah kena buat semula pautan-pautan tersebut.

2) Bukan sahaja pautan nyah, gambar-gambar yang terdapat pada layout luar (bukan dalam posting) blog nyah akan turut hilang.

3) Begitu juga dengan widget-widget yang telah ditambah, seperti jam, kalendar, widget surat khabar, hit kedatangan dan lain-lain lagi.

4) Walaubagaimanapun, posting anda akan kekal, begitu juga dengan gambr di dalam posting anda.

Oleh yang demikian, mak mencadangkan agar nyah CREATE A BLOG baru dekat dashboard tersebut, dan biarkan blog lama tersebut terus berfungsi. Kemudian, setelah nyah selesai menyediakan blog baru untuk 3 kolum itu, nyah hanya perlu copy paste sahaja code-code widget, pautan, dari blog lama nyah! OK? Kalau nak tukar yang lama jugak, haa...nyah kena la bersedia dengan risiko-risiko yang mak nyatakan di atas...eeiii, kalau mak, tak rela you!

Sebelum itu, untuk nyah-nyah yang tak tahu apekebendanya blog 3 kolum itu haaa...ni la bendanya

Ok, untuk tutuorial kali ini, mak tidak akan menukarkan bentuk blog mak yang sedia ada ini kepada 3 kolum. Sebaliknya, mak akan CREATE A BLOG (blog baru) pada dashboard. Kita akan buat blog baru, seperti biasa, kalau lupa, rujuk balik kelas yang lepas kat SINI (KLIK)

Jika nyah sudah ada blog baru, ok jom kita mulakan

Sebelum Mak terlupa, untuk menukar blog 2 kolum kepada 3 kolum memerlukan sedikit kesabaran dan kreativiti. Nyah perlu melungsuri web-web yang menawarkan template percuma untuk blog 3 columm ini. Di web-web ini, nyah boleh muat turun banyak lagi template-template yang cantik-cantik. Ianya di dalam bentuk file .XML dan ianya mudah digunakan.

Mak telah pun menyenaraikan beberapa web-web yang menawarkan template-template percuma. Ingat, untuk memudahkan kerja nyah, download file yang berakhir dengan .XML sahaja. Jika nyah memuat turun file berbentuk HTML, nyah terpaksa menukarkan kepada blog classic yang lebih rumit kerjanya!

Untuk permulaan, nyah cuba dulu download template yang telah Mak sediakan kat tepi blog ni atau kat sini.


Hanya right click dan save as sahaja. Muat turun dahulu sebelum menyambung kerja pembikinan blog ini tau!

Ok, bila dah selesai download, pastikan file tersebut berakhir dengan .XML dan sebagai contoh, jika nyah muat turun dari blog Mak, filenya akan bertulis begini
minibox_v1.2-blk-ctr.xml
Baik, mari kita teruskan langkah seterusnya...

Monday, October 13, 2008

INGIN MENGETAHUI BILANGAN PENGUNJUNG ANDA? ADD HIT COUNTER!


Apakah HIT COUNTER? HIT COUNTER adalah bilangan pelawat yag hadir ke blog kita. Kita boleh mengetahui jumlah kehadiran pelawat-pelawat ini dengan meletakkan HIT COUNTER pada blog kita.


Ada pelbagai jenis HIT COUNTER di dalam internet. Ada yang mempunya statistik kehadiran dari tempat yang spesifik, ada yang membuat statistik begitu terperinci, ada yang simple dan mudah.


Apa yang akan kita sentuh pada tutorial kali ini ialah cara meletakkan HIT COUNTER pada blog anda. HIT COUNTER turut menggunakan HTML/JAVA SCRIPT. Oleh itu, anda boleh boleh gunakan teknik yang sama seperti anda menambah jam dan kalendar sebelum ini. Kali ini saya mencadangkan website http://www.website-hit-counters.com/ kerana ianya tidak memerlukan pendaftaran yang remeh temeh. Hanya pilih HIT COUNTER yang anda minati, COPY HTML codenya dan paste kan sahaja!




Friday, October 10, 2008

ASAS UNTUK MEMBINA BLOG


Posting kali pertama ini kita akan membuat tutorial asas dalam pembinaan blog. Ianya amat mudah dan mempunyai 3 langkah asas. Apa yang wajib diperlukan, hanyalah alamat email anda yang sah dan aktif! SELAMAT MENCUBA!


LANGKAH 1 : TAIPKAN http://blogger.com PADA ADDRESS BAR WINDOW ANDA
LANGKAH 2 : KLIK PADA BUTTON "CREATE YOUR BLOG NOW"
LANGKAH 3 : ISI BORANG NI BETUL-BETUL. PASTIKAN ANDA MEMPUNYAI EMAIL YANG SAH DAN AKTIF!
LANGKAH 4 : NAMAKAN BLOG ANDA DAN MASUKKAN ADDRESS BLOG ANDA
LANGKAH 5: PILIH TEMPLATE YANG SESUAI
LANGKAH 6 : SIAP!!! ANDA SEKARANG SUDAH BERSEDIA UNTUK BERBLOG...HANYA IKUT LANGKAH SETERUSNYA DI BAWAH!


KITA JUMPA LAGI PADA POSTING YANG AKAN DATANG. POSTING AKAN DATANG AKAN MEMBICARAKAN TENTANG PEMBINAAN LINK-LINK ATAUPUN PAUTAN DI DALAM BLOG ANDA! SELAMAT MENCUBA...