Wednesday, December 24, 2008

PRINT SCREEN KEY - Request from Hafez94

Dak H@FEZ94 reuquest pada Mak pasal amik gambor dalam PC. Mula mak pening jugak bila dia tanya soklan cam gitu, tapi setelah ditenung2 betul...ooo...dia nak letak gambar dalam screen pc kat blog.

Senang jer Hafez, follow mak okay...

1) Mula-mula pilih dulu screen mana yang Hafez nak print ataupun copy kan. Sebagai contoh, Mak amik page posting ni untuk di copy atau di printkan.


2) Kemudian, Hafez perhatikan pada keyboard Hafez dan cari key Prnt Scrn (rujuk gambar bawah). Tekan key tersebut.


3) Kemudian Hafez boleh bukak apa-apa saja perisian (Microsoft Word, Power Point, Paint, Adobe Photoshop)

4) Hafez boleh paste kan sahaja di mana-mana tempat yang Hafez suka. Jika hendak letakkan gambar screen tersebut ke dalam blog, Hafez perlu save kan gambar tersebut dari PAINT atau PHOTOSHOP dalam bentuk JPEG.

Monday, December 22, 2008

WIDGET NEWSREEL - Request From Lin


Dalam shoutbox Lin ada request pasal BLOGGER NEWS yang ada kat blog mak. Ok la nyah, hari ini kita cerita pasal widget ni pulak.

Widget ni dinamakan Newsreel dan ianya terdapat di ruangan Add a Gadget kat layout blog nyah.Fungsi widget Newsreel ini adalah menjadi search engine untuk berita-berita yang bersangkutan dengan perkataan yang kita masukkan pada ruangan Search Expression.

Berita-berita yang dipaparkan secara headline tersebut adalah berita yang paling hampir dengan perkataan yang kita lietakkan. So, kalau nyah minat politik, sukan, nyah letak ajer perkataan-perkataan yang sesuai dalam search expression itew...! Lepas tu nanti terkeluar lah headline2 berita tersebut.

Macam mana nak add:

SIGN IN TO BLOGGER -> LAYOUT -> ADD A GADGET -> NEWSREEL

TAPI! Hanya berita-berita di dalam Bahasa Inggeris sahaja akan dipaparkan dan tiada fungsi berita Bahasa Melayu disediakan untuk widget ini. Kalau nak jugak, mintak bapak nyah, atau pun adik nyah sendiri buatkan... Ok nyah...bye...

Saturday, December 20, 2008

ALTERNATIF UNTUK YANG TIDAK MEMANTAU KOMEN

Adoi...penat Mak hujung minggu ni nyah...banyak kenduri nak kena hadir, nak kena jadi Mak Andam lagi, nak make up pengantin lagi...tak apa, blog ini insyaallah Mak akan sentiasa pantau..

Ok, entry sebelum ini, Mak bagi tips untuk memantau komen-komen yang masuk ke dalam setiap post kita kan...tapi kepada yang memang tidak mahu memantau, tetapi ingin sentiasa mengetahui komen-komen yang dibuat oleh pengunjung secara terkini, nyah boleh cuba widget ini. Setelah selesai, ianya kelihatan sebegini.

Widget ini amat berguna kerana ianya sentiasa mengupdate setiap komen yang dibuat oleh pengunjung. Oleh itu, nyah semua akan sentiasa alert dengan setiap komen yang ditulis...

Macam mana nak buat? Follow mak ye...
Setelah selesai copy, nyah pegi pada LAYOUT -> PAGE ELEMENT -> ADD A GADGET -> KLIK PADA HTML/Javascript -> PASTE KAN KOD DI SINI

Pening? Tak ingat camner nak paste? Meh sini nak mak nak cubit...klik S.I.N.I untuk tatacara menggunakan HTML code dan jangan lupa letak tajuk yang sesuai.

Sebelum nyah klik SAVE, sedikit modifikasi perlu dilakukan, follow Mak..

Ok...mudah kan...dah la..letih mak nak gi umah kenduri lagi nih...bye