Salam bahagia kengkawan, abang-abang dan akak-akak semua. Ramai jugak yang telah bertanya kat Kreuger pasal soalan berkaitan dengan tajuk perbincangan kat atas ni. Macam mane nak buat? Masih blur dan konpius~
Punca persoalan sekarang ni:- Logo dah dapat tapi, macam mane nak tukar dekat header blog pulak? Jadi, dalam entri pada kali ni, Kreuger akan tunjukkan tutorail untuk menggantikan text header anda kepada logo yang anda berkenan....
Dalam memilih logo, sila pastikan peraturan seperti hak cipta terpelihara anda patuhi. OK....
*Kalau logo yang Kreuger buat... you're free to used it without any worries~
Worait berbalik kepada topic diatas, untuk menggantikan tajuk baner anda, apa yang anda perlu buat adalah mudah. Pertama sekali login ke akaun blog anda. Kemudian, kalau daripada main navigator bar anda:-
Sila klik pada link [Customize]. *pastikan login terlebih dahulu ok~
Seterusnya anda akan dibawa masuk ke halaman Customization untuk blog anda. Daripada sini anda akan mendapati layout atau rupa ringkas atau lakaran blog anda. So kat sinilah yang kita akan melakukan sedikit proses pengubahsuaian.
Dengan mengambil contoh Page Element dari blog Kreuger, Adakah anda nampak bulatan yang berwarna merah?? Itu adalah Main Header Seting untuk blog anda. Bergantung kepada template yang anda gunakan. Tapi, most of the case, semua header akan berada diatas, kalau dibawah akan dinamakan footer.... eheheheh~
Daripada sini klik link [Edit] dan satu kekotak popup Windows akan muncul. Kekotak ini membolehkan anda untuk mengubah beberapa tetapan yang terdapat pada HEADER BLOG anda. Ianya berbentuk seperti gambarajah dibawah.
Sekiranya anda pernah mempunyai logo yang terdahulu, maka saya sarankan kepada anda supaya membuang dulu image/baner/logo yang terdahulu. Sekiranya tidak, anda tidak akan dapat melakukan proses berikutnya.
Apabila link [Remove Image] diklik, maka dengan automatiknya BLOGGER akan membuang image yang terdahulu, dan berada pada fungsi [BROWSE] *mencari. Sila rujuk rajah dibawah.
Nampak button [Browse] ? Jadi klik button ni, dan kemudian carilah fail logo yang anda kehendaki untuk dijadikan logo anda. Kemudian select [Instead of Title and Description] ini bertujuan supaya logo anda akan melindungi Blog Description di atas. Itu akan nampak lebih kemas.
Setelah selesai kesemua proses di atas. Jangan lupa untuk menekan butang [SAVE] yang berwarna Oren. Kemudian....
Apabila kekotak seting Header tadi hilang dengan sendirinya, sebagai langkah keselamatan, sila klik lagi sekali pada [SAVE] button pada halaman utama Edit Layout untuk blog anda.
Kemudian klik pada link [View Blog] dan lihatlah hasilnya. So, Kreuger harap dengan penerangan ni, dapatlah membantu sedikit sebanyak kepada mereka yang masih belum mengetahuinya.
Terima Kasih Semua~
P/S : MAK CILOK DARI BLOG MAN KRUEGER NIH....