Thursday, October 23, 2008

MEMBINA 3 COLUMN BLOG

Assalamualaikum dan salam sejahtera nyah nyah sekalian...

Hari ini Mak dapat request lagi, kali dari myri pulak. Dia ngada-ngada nak buat tiga kolum punya blog. Ok lah, mak ni baik hati nanti mak ajar sikit-sikit yer nyah, sabor ye..

Untuk membuat tiga kolum blog nyah harus ingat beberapa perkara:

1) Jika nyah menukarkan blog nyah yang sedia ada tersebut, semua links (pautan-pautan) yang nyah ada sekarang akan hilang. Oleh itu, nyah kena buat semula pautan-pautan tersebut.

2) Bukan sahaja pautan nyah, gambar-gambar yang terdapat pada layout luar (bukan dalam posting) blog nyah akan turut hilang.

3) Begitu juga dengan widget-widget yang telah ditambah, seperti jam, kalendar, widget surat khabar, hit kedatangan dan lain-lain lagi.

4) Walaubagaimanapun, posting anda akan kekal, begitu juga dengan gambr di dalam posting anda.

Oleh yang demikian, mak mencadangkan agar nyah CREATE A BLOG baru dekat dashboard tersebut, dan biarkan blog lama tersebut terus berfungsi. Kemudian, setelah nyah selesai menyediakan blog baru untuk 3 kolum itu, nyah hanya perlu copy paste sahaja code-code widget, pautan, dari blog lama nyah! OK? Kalau nak tukar yang lama jugak, haa...nyah kena la bersedia dengan risiko-risiko yang mak nyatakan di atas...eeiii, kalau mak, tak rela you!

Sebelum itu, untuk nyah-nyah yang tak tahu apekebendanya blog 3 kolum itu haaa...ni la bendanya

Ok, untuk tutuorial kali ini, mak tidak akan menukarkan bentuk blog mak yang sedia ada ini kepada 3 kolum. Sebaliknya, mak akan CREATE A BLOG (blog baru) pada dashboard. Kita akan buat blog baru, seperti biasa, kalau lupa, rujuk balik kelas yang lepas kat SINI (KLIK)

Jika nyah sudah ada blog baru, ok jom kita mulakan

Sebelum Mak terlupa, untuk menukar blog 2 kolum kepada 3 kolum memerlukan sedikit kesabaran dan kreativiti. Nyah perlu melungsuri web-web yang menawarkan template percuma untuk blog 3 columm ini. Di web-web ini, nyah boleh muat turun banyak lagi template-template yang cantik-cantik. Ianya di dalam bentuk file .XML dan ianya mudah digunakan.

Mak telah pun menyenaraikan beberapa web-web yang menawarkan template-template percuma. Ingat, untuk memudahkan kerja nyah, download file yang berakhir dengan .XML sahaja. Jika nyah memuat turun file berbentuk HTML, nyah terpaksa menukarkan kepada blog classic yang lebih rumit kerjanya!

Untuk permulaan, nyah cuba dulu download template yang telah Mak sediakan kat tepi blog ni atau kat sini.


Hanya right click dan save as sahaja. Muat turun dahulu sebelum menyambung kerja pembikinan blog ini tau!

Ok, bila dah selesai download, pastikan file tersebut berakhir dengan .XML dan sebagai contoh, jika nyah muat turun dari blog Mak, filenya akan bertulis begini
minibox_v1.2-blk-ctr.xml
Baik, mari kita teruskan langkah seterusnya...

9 comments:

ahmad humairi said...

Baik hati laa mak ni. makacih sbb layan permintaan saya (myri)

ahmad humairi said...

makacih myri ucapkan kepada mak...baek aty laa mak ni...

ahmad humairi said...

SAYA DAH BERJAYA LAKUKANNYA. LAWATI http://www.bulanjatuhkeriba.blogspot.com untuk nyah berikan komen membina

erisya said...

terimakasih di atas sumer petua ni..amat berguna pada blogger baru macam kami ni.

@LiYaNNuaR said...

hmmm... thanks for sharing... harus torai nih... hohoho... smlm buat x mjadikkk..

adliemi said...

saya tak dpt download la file .xml tu... sedih ni...

Dr (H) Hajjah Farminah bt Hasan said...

asalam
tapi sebenarnya saya buta kayu tak reati buat blog. dulu belajar tapi dah tua ni tak sempat nak latih.
camne pun suka mak blog ni bagi amal yang baik.
tq

Anonymous said...

baiklah akak

alie. Wahyun Wildan said...

kalu kolum tu leh adjust takk mak? yg bsar kt kkiri, pastu yg 2 kecik tu kt kanan ?