Wednesday, December 24, 2008

PRINT SCREEN KEY - Request from Hafez94

Dak H@FEZ94 reuquest pada Mak pasal amik gambor dalam PC. Mula mak pening jugak bila dia tanya soklan cam gitu, tapi setelah ditenung2 betul...ooo...dia nak letak gambar dalam screen pc kat blog.

Senang jer Hafez, follow mak okay...

1) Mula-mula pilih dulu screen mana yang Hafez nak print ataupun copy kan. Sebagai contoh, Mak amik page posting ni untuk di copy atau di printkan.


2) Kemudian, Hafez perhatikan pada keyboard Hafez dan cari key Prnt Scrn (rujuk gambar bawah). Tekan key tersebut.


3) Kemudian Hafez boleh bukak apa-apa saja perisian (Microsoft Word, Power Point, Paint, Adobe Photoshop)

4) Hafez boleh paste kan sahaja di mana-mana tempat yang Hafez suka. Jika hendak letakkan gambar screen tersebut ke dalam blog, Hafez perlu save kan gambar tersebut dari PAINT atau PHOTOSHOP dalam bentuk JPEG.

Monday, December 22, 2008

WIDGET NEWSREEL - Request From Lin


Dalam shoutbox Lin ada request pasal BLOGGER NEWS yang ada kat blog mak. Ok la nyah, hari ini kita cerita pasal widget ni pulak.

Widget ni dinamakan Newsreel dan ianya terdapat di ruangan Add a Gadget kat layout blog nyah.Fungsi widget Newsreel ini adalah menjadi search engine untuk berita-berita yang bersangkutan dengan perkataan yang kita masukkan pada ruangan Search Expression.

Berita-berita yang dipaparkan secara headline tersebut adalah berita yang paling hampir dengan perkataan yang kita lietakkan. So, kalau nyah minat politik, sukan, nyah letak ajer perkataan-perkataan yang sesuai dalam search expression itew...! Lepas tu nanti terkeluar lah headline2 berita tersebut.

Macam mana nak add:

SIGN IN TO BLOGGER -> LAYOUT -> ADD A GADGET -> NEWSREEL

TAPI! Hanya berita-berita di dalam Bahasa Inggeris sahaja akan dipaparkan dan tiada fungsi berita Bahasa Melayu disediakan untuk widget ini. Kalau nak jugak, mintak bapak nyah, atau pun adik nyah sendiri buatkan... Ok nyah...bye...

Saturday, December 20, 2008

ALTERNATIF UNTUK YANG TIDAK MEMANTAU KOMEN

Adoi...penat Mak hujung minggu ni nyah...banyak kenduri nak kena hadir, nak kena jadi Mak Andam lagi, nak make up pengantin lagi...tak apa, blog ini insyaallah Mak akan sentiasa pantau..

Ok, entry sebelum ini, Mak bagi tips untuk memantau komen-komen yang masuk ke dalam setiap post kita kan...tapi kepada yang memang tidak mahu memantau, tetapi ingin sentiasa mengetahui komen-komen yang dibuat oleh pengunjung secara terkini, nyah boleh cuba widget ini. Setelah selesai, ianya kelihatan sebegini.

Widget ini amat berguna kerana ianya sentiasa mengupdate setiap komen yang dibuat oleh pengunjung. Oleh itu, nyah semua akan sentiasa alert dengan setiap komen yang ditulis...

Macam mana nak buat? Follow mak ye...
Setelah selesai copy, nyah pegi pada LAYOUT -> PAGE ELEMENT -> ADD A GADGET -> KLIK PADA HTML/Javascript -> PASTE KAN KOD DI SINI

Pening? Tak ingat camner nak paste? Meh sini nak mak nak cubit...klik S.I.N.I untuk tatacara menggunakan HTML code dan jangan lupa letak tajuk yang sesuai.

Sebelum nyah klik SAVE, sedikit modifikasi perlu dilakukan, follow Mak..

Ok...mudah kan...dah la..letih mak nak gi umah kenduri lagi nih...bye

Friday, December 19, 2008

COMMENT - MEMANTAU ATAU TIDAK

COMMENT adalah salah satu fungsi paling popular di dalam blog. Setiap entry yang ditaip dan menerima komen dari pembacanya adalah salah kejayaan kepada seseorang bloggers dalam menyampaikan mesej di dalam penulisannya. Tidak kira sama ada komen tersebut pendek ataupun panjang, apa yang penting, pembaca telah membaca entry tersebut dan ingin meluahkan pendapatnya di situ.

Namun begitu, sesetengah komen yang dibuat bukan dari pengunjung tetapi telah pun di set kan untuk muncul oleh pelayar-pelayar yang tidak bertanggungjawab yang cuba mempromosikan blognya. Perkara ini dapat diatasi dengan memantau setiap komen yang diberi.

Kali Mak nak tunjukkan cara kita memantau atau moderate semua kehadiran komen yang ada pada blog nyah-nyah semua. Ada sesetengah bloggers yang memang mahukan komen yang ditulis oleh pengunjungnya atomatik muncul setelah ianya ditulis dan ada yang mahu memantau terlebih dahulu kehadiran komen-komen ini.

Kelebihan memantau komen ialah kita dapat mengetahui entry yang mana yang dikomen oleh pengunjung. Jika kita tidak memantau, berkemungkinan kita boleh terlepas pandang di mana komen tersebut di buat.

BAGAIMANA HENDAK MEMANTAU KOMEN ANDA:

Seperti biasa, nyah kena log in untuk munculkan DASHBOARD nyah!


Setelah selesai, ape lagi nyah...tunggu la orang komen kat blog nyah, lepas tu, jika ada yang menulis apa komen, diruangan komen tersebut akan muncul pernyataan seperti berikut:Sesetengah bloggers yang kurang ariff, dia akan menulis semula komennya kerana menyangka komennya sebentar tidak berjaya...lantak dia la..auwww...yang pastinya, anda boleh memadam komen-komen yang terlebih tulis tadi...
Semua pemantauan akan berada di DASHBOARD nyah semua seperti contoh dibawah:

Kemudian, nyah kembali ke blog dan klik REFRESH....komen-komen terbaru tersebut akan masuk kemudiannya...ok?

Selamat Mencuba!

Thursday, December 18, 2008

TECHNOCRATI DAN PAGE RANK - Request from Lin

Hi nyah...ni dak Lin ni nak tahu pasal Technorati dan Pagerank yer..ermm, Mak pun tak berapa expert sangat pasal benda alah nie nyah, pasal mak pun tak guna. Tapi takper lah, Mak bagitau aper yang mak tau la yer nyah...kot sesapa yang ada idea, boleh tambah-tambah kan kat ruangan komen tu, jgn memalu tau nyah, Mak pun belajar lagi nih...

TECHNORATI - Mengikut kefahaman Mak yang cetek nie, adalah satu website yang menyediakan kemudahan untuk mencari blog-blog lain. Lebih kurang macam Google jugakle, kalau Google digunakan untuk mencari maklumat di internet, Technorati nie pulak berguna sebagai search engine untuk mencari blog. Mak rasa itu fungsi utama dia. Mendaftar dengan Technorati akan memberi peluang agar blog-blog nyah tersenarai di sana dan mudah di akses oleh sesiapa yang ingin menggunakan perkhidmatan ini... Melalui web ini juga nyah boleh buat duit macam mana papan iklan kebiasaan seperti nuffnang dan adverlet di blog. Tapi kena la ada traffic yang laju baru leh masyuk....

Nyah pegi la ronda kat sini yer.. http://technoratimedia.com

PAGE RANK - Page rank pula, mengikut kepala Mak yang jambu ni, rasa adalah satu icon yang menunjukkan betapa sibuk dan hebatnya traffic yang sentiasa memasuki blog kita. Salah satunya nak menunjukkan betapa "femes" nye nyah..auwww! Google akan mengira secara automatik ranking blog nyah mengikut kadar traffic yang masuk. Mak rasa ada satu widget yang boleh mengira secara automatik ranking blog kita, tapi Mak tak ingat la buat masa ni...

Tu je nyah Lin...kot sesapa yang ada idea tambahan atau pun nak memperbaiki kesilapan yang mungkin ada pada penerangan Mak kat atas...dipersilakan la nyah...Mak pun belajar lagi..chiow Nyah...auww!

Wednesday, December 17, 2008

BUTTON SIGN IN HILANG - Request dari Buloh

Nyah Buloh...letak link blog nyah yer...senang Mak nak melawat...

Nyah Buloh ada bertanyakan pada Mak kenapa BUTANG SIGN IN nya hilang bila tukar template baru. Mak anggap BUTANG SIGN IN nya adalah seperti contoh dibawah la yer...


Ok nyah Buloh, harap butang di atas adalah seperti yang dimaksudkan yer...

Sebab hilangnyer butang tersebut adalah kerana Nyah Buloh telah menukarkan template yang bukan blogger punya template. Itu adalah salah satu risiko yang perlu dihadapi jika kita menukarkan blog kita dengan template yang baru.

Sebenarnya, perkara tersebut dapat diatasi dengan beberapa teknik, sebagai contoh, template baru yang kita tukar juga mempunyai fungsi-fungsinya yang tertentu seperti sign in juge. Cuma, apa yang perlu kita lakukan ialah modified pada kod HTML. Teknik ini agak sukar kepada sesiapa yang masih baru dalam bidang ini.

Mak juga tidak punya button sign in jika Nyah Buloh perhatikan betul-betul.


Jadi apa yang perlu Nyah Buloh lakukan ialah dengan cara manual kembali. Iaitu dengan menaiop kembali http://blogger.com pada address bar di atas. Dan sign in semula di sana.

Mudah! Terima Kasih

Monday, December 15, 2008

KEPENTINGAN MENJADI FOLLOWERS

Nyah-nyah sekalian...lama mak tak post...bukannya apa nyah, Mak buat posting selalunya pasa ada orang request jer, tapi semua kan dah pandai..so Mak rilek la kejap, sambil ronda-ronda gitew! Auww...

Oklah, hari ni Mak nak sentuh sikit pasal kepentingan Followers. Mak tahu semua orang pasti kenal dengan butang followers nih. Butang nie penting sangat kepada mereka-meraka yang suka mengubah rupa bentuk blog mereka ataupun menukarkan skin blog mereka.

Apabila ini terjadi, semua link html, gambar termasuklah pautan akan hilang. Dengan adanya fungsi followers ini, nyah semua tak perlu risau kerana semua link tersebut boleh di add atau ditambah melalui button bloglist nyah semua. Kalau dulu terpaksa mencari semula pautan, sekarang hanya dengan satu klik, nyah sudah mendapat semula pautan-pautan yang hilang.

So, jangan le malu-malu nak follow blog yang diterjah yer..nanti senang sikit!