Wednesday, December 24, 2008

PRINT SCREEN KEY - Request from Hafez94

Dak H@FEZ94 reuquest pada Mak pasal amik gambor dalam PC. Mula mak pening jugak bila dia tanya soklan cam gitu, tapi setelah ditenung2 betul...ooo...dia nak letak gambar dalam screen pc kat blog.

Senang jer Hafez, follow mak okay...

1) Mula-mula pilih dulu screen mana yang Hafez nak print ataupun copy kan. Sebagai contoh, Mak amik page posting ni untuk di copy atau di printkan.


2) Kemudian, Hafez perhatikan pada keyboard Hafez dan cari key Prnt Scrn (rujuk gambar bawah). Tekan key tersebut.


3) Kemudian Hafez boleh bukak apa-apa saja perisian (Microsoft Word, Power Point, Paint, Adobe Photoshop)

4) Hafez boleh paste kan sahaja di mana-mana tempat yang Hafez suka. Jika hendak letakkan gambar screen tersebut ke dalam blog, Hafez perlu save kan gambar tersebut dari PAINT atau PHOTOSHOP dalam bentuk JPEG.

Monday, December 22, 2008

WIDGET NEWSREEL - Request From Lin


Dalam shoutbox Lin ada request pasal BLOGGER NEWS yang ada kat blog mak. Ok la nyah, hari ini kita cerita pasal widget ni pulak.

Widget ni dinamakan Newsreel dan ianya terdapat di ruangan Add a Gadget kat layout blog nyah.Fungsi widget Newsreel ini adalah menjadi search engine untuk berita-berita yang bersangkutan dengan perkataan yang kita masukkan pada ruangan Search Expression.

Berita-berita yang dipaparkan secara headline tersebut adalah berita yang paling hampir dengan perkataan yang kita lietakkan. So, kalau nyah minat politik, sukan, nyah letak ajer perkataan-perkataan yang sesuai dalam search expression itew...! Lepas tu nanti terkeluar lah headline2 berita tersebut.

Macam mana nak add:

SIGN IN TO BLOGGER -> LAYOUT -> ADD A GADGET -> NEWSREEL

TAPI! Hanya berita-berita di dalam Bahasa Inggeris sahaja akan dipaparkan dan tiada fungsi berita Bahasa Melayu disediakan untuk widget ini. Kalau nak jugak, mintak bapak nyah, atau pun adik nyah sendiri buatkan... Ok nyah...bye...

Saturday, December 20, 2008

ALTERNATIF UNTUK YANG TIDAK MEMANTAU KOMEN

Adoi...penat Mak hujung minggu ni nyah...banyak kenduri nak kena hadir, nak kena jadi Mak Andam lagi, nak make up pengantin lagi...tak apa, blog ini insyaallah Mak akan sentiasa pantau..

Ok, entry sebelum ini, Mak bagi tips untuk memantau komen-komen yang masuk ke dalam setiap post kita kan...tapi kepada yang memang tidak mahu memantau, tetapi ingin sentiasa mengetahui komen-komen yang dibuat oleh pengunjung secara terkini, nyah boleh cuba widget ini. Setelah selesai, ianya kelihatan sebegini.

Widget ini amat berguna kerana ianya sentiasa mengupdate setiap komen yang dibuat oleh pengunjung. Oleh itu, nyah semua akan sentiasa alert dengan setiap komen yang ditulis...

Macam mana nak buat? Follow mak ye...
Setelah selesai copy, nyah pegi pada LAYOUT -> PAGE ELEMENT -> ADD A GADGET -> KLIK PADA HTML/Javascript -> PASTE KAN KOD DI SINI

Pening? Tak ingat camner nak paste? Meh sini nak mak nak cubit...klik S.I.N.I untuk tatacara menggunakan HTML code dan jangan lupa letak tajuk yang sesuai.

Sebelum nyah klik SAVE, sedikit modifikasi perlu dilakukan, follow Mak..

Ok...mudah kan...dah la..letih mak nak gi umah kenduri lagi nih...bye

Friday, December 19, 2008

COMMENT - MEMANTAU ATAU TIDAK

COMMENT adalah salah satu fungsi paling popular di dalam blog. Setiap entry yang ditaip dan menerima komen dari pembacanya adalah salah kejayaan kepada seseorang bloggers dalam menyampaikan mesej di dalam penulisannya. Tidak kira sama ada komen tersebut pendek ataupun panjang, apa yang penting, pembaca telah membaca entry tersebut dan ingin meluahkan pendapatnya di situ.

Namun begitu, sesetengah komen yang dibuat bukan dari pengunjung tetapi telah pun di set kan untuk muncul oleh pelayar-pelayar yang tidak bertanggungjawab yang cuba mempromosikan blognya. Perkara ini dapat diatasi dengan memantau setiap komen yang diberi.

Kali Mak nak tunjukkan cara kita memantau atau moderate semua kehadiran komen yang ada pada blog nyah-nyah semua. Ada sesetengah bloggers yang memang mahukan komen yang ditulis oleh pengunjungnya atomatik muncul setelah ianya ditulis dan ada yang mahu memantau terlebih dahulu kehadiran komen-komen ini.

Kelebihan memantau komen ialah kita dapat mengetahui entry yang mana yang dikomen oleh pengunjung. Jika kita tidak memantau, berkemungkinan kita boleh terlepas pandang di mana komen tersebut di buat.

BAGAIMANA HENDAK MEMANTAU KOMEN ANDA:

Seperti biasa, nyah kena log in untuk munculkan DASHBOARD nyah!


Setelah selesai, ape lagi nyah...tunggu la orang komen kat blog nyah, lepas tu, jika ada yang menulis apa komen, diruangan komen tersebut akan muncul pernyataan seperti berikut:Sesetengah bloggers yang kurang ariff, dia akan menulis semula komennya kerana menyangka komennya sebentar tidak berjaya...lantak dia la..auwww...yang pastinya, anda boleh memadam komen-komen yang terlebih tulis tadi...
Semua pemantauan akan berada di DASHBOARD nyah semua seperti contoh dibawah:

Kemudian, nyah kembali ke blog dan klik REFRESH....komen-komen terbaru tersebut akan masuk kemudiannya...ok?

Selamat Mencuba!

Thursday, December 18, 2008

TECHNOCRATI DAN PAGE RANK - Request from Lin

Hi nyah...ni dak Lin ni nak tahu pasal Technorati dan Pagerank yer..ermm, Mak pun tak berapa expert sangat pasal benda alah nie nyah, pasal mak pun tak guna. Tapi takper lah, Mak bagitau aper yang mak tau la yer nyah...kot sesapa yang ada idea, boleh tambah-tambah kan kat ruangan komen tu, jgn memalu tau nyah, Mak pun belajar lagi nih...

TECHNORATI - Mengikut kefahaman Mak yang cetek nie, adalah satu website yang menyediakan kemudahan untuk mencari blog-blog lain. Lebih kurang macam Google jugakle, kalau Google digunakan untuk mencari maklumat di internet, Technorati nie pulak berguna sebagai search engine untuk mencari blog. Mak rasa itu fungsi utama dia. Mendaftar dengan Technorati akan memberi peluang agar blog-blog nyah tersenarai di sana dan mudah di akses oleh sesiapa yang ingin menggunakan perkhidmatan ini... Melalui web ini juga nyah boleh buat duit macam mana papan iklan kebiasaan seperti nuffnang dan adverlet di blog. Tapi kena la ada traffic yang laju baru leh masyuk....

Nyah pegi la ronda kat sini yer.. http://technoratimedia.com

PAGE RANK - Page rank pula, mengikut kepala Mak yang jambu ni, rasa adalah satu icon yang menunjukkan betapa sibuk dan hebatnya traffic yang sentiasa memasuki blog kita. Salah satunya nak menunjukkan betapa "femes" nye nyah..auwww! Google akan mengira secara automatik ranking blog nyah mengikut kadar traffic yang masuk. Mak rasa ada satu widget yang boleh mengira secara automatik ranking blog kita, tapi Mak tak ingat la buat masa ni...

Tu je nyah Lin...kot sesapa yang ada idea tambahan atau pun nak memperbaiki kesilapan yang mungkin ada pada penerangan Mak kat atas...dipersilakan la nyah...Mak pun belajar lagi..chiow Nyah...auww!

Wednesday, December 17, 2008

BUTTON SIGN IN HILANG - Request dari Buloh

Nyah Buloh...letak link blog nyah yer...senang Mak nak melawat...

Nyah Buloh ada bertanyakan pada Mak kenapa BUTANG SIGN IN nya hilang bila tukar template baru. Mak anggap BUTANG SIGN IN nya adalah seperti contoh dibawah la yer...


Ok nyah Buloh, harap butang di atas adalah seperti yang dimaksudkan yer...

Sebab hilangnyer butang tersebut adalah kerana Nyah Buloh telah menukarkan template yang bukan blogger punya template. Itu adalah salah satu risiko yang perlu dihadapi jika kita menukarkan blog kita dengan template yang baru.

Sebenarnya, perkara tersebut dapat diatasi dengan beberapa teknik, sebagai contoh, template baru yang kita tukar juga mempunyai fungsi-fungsinya yang tertentu seperti sign in juge. Cuma, apa yang perlu kita lakukan ialah modified pada kod HTML. Teknik ini agak sukar kepada sesiapa yang masih baru dalam bidang ini.

Mak juga tidak punya button sign in jika Nyah Buloh perhatikan betul-betul.


Jadi apa yang perlu Nyah Buloh lakukan ialah dengan cara manual kembali. Iaitu dengan menaiop kembali http://blogger.com pada address bar di atas. Dan sign in semula di sana.

Mudah! Terima Kasih

Monday, December 15, 2008

KEPENTINGAN MENJADI FOLLOWERS

Nyah-nyah sekalian...lama mak tak post...bukannya apa nyah, Mak buat posting selalunya pasa ada orang request jer, tapi semua kan dah pandai..so Mak rilek la kejap, sambil ronda-ronda gitew! Auww...

Oklah, hari ni Mak nak sentuh sikit pasal kepentingan Followers. Mak tahu semua orang pasti kenal dengan butang followers nih. Butang nie penting sangat kepada mereka-meraka yang suka mengubah rupa bentuk blog mereka ataupun menukarkan skin blog mereka.

Apabila ini terjadi, semua link html, gambar termasuklah pautan akan hilang. Dengan adanya fungsi followers ini, nyah semua tak perlu risau kerana semua link tersebut boleh di add atau ditambah melalui button bloglist nyah semua. Kalau dulu terpaksa mencari semula pautan, sekarang hanya dengan satu klik, nyah sudah mendapat semula pautan-pautan yang hilang.

So, jangan le malu-malu nak follow blog yang diterjah yer..nanti senang sikit!

Tuesday, November 4, 2008

MENAMBAH BUTANG FOLLOWERS

Rasanya semua orang sudah tahu mengenai widget followers dari Blogger ini, tetapi ada juga yang masih belum mengetahuinya. Widget ini amat sesuai untuk pengunjung blog anda menjejaki blog anda, mereka tidak lagi perlu bookmark blog anda atau menambah ke dalam blogroll yang boleh membuatkan senarai nama itu hilang. Bila mana blog anda sudah ramai diikut mungkin anda lebih berbangga dengan blog anda yang masih mempunyai ramai pengikut


1. Pada halaman {Template}, sila pilih {Page Elements}. Sila klik pada (Add a New Element} dan pilih { Followers }.

3. Pilih {Save Changes} dan lihat hasilnya.

Walaubagaimanapun anda perlu set blog anda kepada bahasa Inggeris kerana ianya belum available untuk bahasa Malaysia. Dan anda boleh juga blok mana-mana blog yang anda tidak kehendaki dengan menekan butang biru ‘Block’.

Copy drom Blog Menjerit

Monday, November 3, 2008

BLOG LIST ATAU LINK LIST?

Assalamualaikum nyah2 semua. Hari ni Mak nak revises balik apekebendanye BLOG LIST DAN LINK LIST yer. Ok, kedua-duanya mempunyai tujuan yang sama, iaitu menambah pautan kepada alamat blog-blog ataupun website-website kegemaran nyah semua.

Sebagai contoh, Mak ambil dari blog SK Sg. Galah.

Di sebelah kiri, adalah senarai blog yang menggunakan widget BLOG LIST dan di sebelah kanan pula adalah pautan yang menggunakan widget LINK LIST.

BLOG LIST
  • Blog list mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Senarai yang dipaparkan oleh BLOG LIST lebih detail dengan menyatakan jam terakhir bloggers atau website tersebut diupdate atau dikemaskinikan.
  • BLOG LIST juga menyatakan tajuk-tajuk posting terbaru website atau blog yang dipautkan.
  • BLOG LIST memberi pilihan kepada bloggers untuk customize pautan yang dibuat seperti memaparkan gambar (jika ada) di blog yang memaut pada blog anda.
  • Melalui pautan BLOG LIST juga, kita akan tahu mana blog yang telah diupdatekan

LINK LIST
  • Link List merupakan pautan asas kepada blog ataupun website yang dibuat oleh blogger.
  • Ia tidak memaparkan bila kali terakhir blog tersebut dikemaskinikan.
  • Pautan jenis ini amat sesuai jika terlalu banyak alamat yang hendak diletakkan di blog anda.

PILIHAN DI TANGAN ANDA...Selamat mencuba nyah!

Friday, October 31, 2008

CUSTOMIZE HEADER - BUAT BANNER ATAS

Assalamualaikum....

Salam bahagia kengkawan, abang-abang dan akak-akak semua. Ramai jugak yang telah bertanya kat Kreuger pasal soalan berkaitan dengan tajuk perbincangan kat atas ni. Macam mane nak buat? Masih blur dan konpius~

Punca persoalan sekarang ni:- Logo dah dapat tapi, macam mane nak tukar dekat header blog pulak? Jadi, dalam entri pada kali ni, Kreuger akan tunjukkan tutorail untuk menggantikan text header anda kepada logo yang anda berkenan....

Dalam memilih logo, sila pastikan peraturan seperti hak cipta terpelihara anda patuhi. OK....

*Kalau logo yang Kreuger buat... you're free to used it without any worries~

Worait berbalik kepada topic diatas, untuk menggantikan tajuk baner anda, apa yang anda perlu buat adalah mudah. Pertama sekali login ke akaun blog anda. Kemudian, kalau daripada main navigator bar anda:-

Sila klik pada link [Customize]. *pastikan login terlebih dahulu ok~

Seterusnya anda akan dibawa masuk ke halaman Customization untuk blog anda. Daripada sini anda akan mendapati layout atau rupa ringkas atau lakaran blog anda. So kat sinilah yang kita akan melakukan sedikit proses pengubahsuaian.

Dengan mengambil contoh Page Element dari blog Kreuger, Adakah anda nampak bulatan yang berwarna merah?? Itu adalah Main Header Seting untuk blog anda. Bergantung kepada template yang anda gunakan. Tapi, most of the case, semua header akan berada diatas, kalau dibawah akan dinamakan footer.... eheheheh~

Daripada sini klik link [Edit] dan satu kekotak popup Windows akan muncul. Kekotak ini membolehkan anda untuk mengubah beberapa tetapan yang terdapat pada HEADER BLOG anda. Ianya berbentuk seperti gambarajah dibawah.

Sekiranya anda pernah mempunyai logo yang terdahulu, maka saya sarankan kepada anda supaya membuang dulu image/baner/logo yang terdahulu. Sekiranya tidak, anda tidak akan dapat melakukan proses berikutnya.

Apabila link [Remove Image] diklik, maka dengan automatiknya BLOGGER akan membuang image yang terdahulu, dan berada pada fungsi [BROWSE] *mencari. Sila rujuk rajah dibawah.

Nampak button [Browse] ? Jadi klik button ni, dan kemudian carilah fail logo yang anda kehendaki untuk dijadikan logo anda. Kemudian select [Instead of Title and Description] ini bertujuan supaya logo anda akan melindungi Blog Description di atas. Itu akan nampak lebih kemas.

Setelah selesai kesemua proses di atas. Jangan lupa untuk menekan butang [SAVE] yang berwarna Oren. Kemudian....
image

Apabila kekotak seting Header tadi hilang dengan sendirinya, sebagai langkah keselamatan, sila klik lagi sekali pada [SAVE] button pada halaman utama Edit Layout untuk blog anda.

Kemudian klik pada link [View Blog] dan lihatlah hasilnya. So, Kreuger harap dengan penerangan ni, dapatlah membantu sedikit sebanyak kepada mereka yang masih belum mengetahuinya.

Terima Kasih Semua~
post signature

P/S : MAK CILOK DARI BLOG MAN KRUEGER NIH....

Wednesday, October 29, 2008

TIPS UNTUK BERBLOG

Salam semua...Lama mak tak post ape-aper, ni Mak cilok dari blog Ida Yumie yang baru menyambut birthdaynyer....Happy Birthday Mak Ucapkan pada Hot Mama...uuuu...hot you!!!!

Kebanyakkan pelawat blog ini masing-masing mempunyai blog sendiri, terima kasih kerana berblogging. Pertanyaan penulis, ’sejauh manakah anda serius berblogging?’. Jika jawapan anda sekadar suka-suka ataupun sekadar melepaskan tekanan, elakkan baca selanjutnya berkaitan entri ini. Tetapi jika anda masih mahu memperkasakan blog anda, bacalah dan update blog anda selepas ini ya. Memandangkan blog merupakan satu medium untuk tatapan sedunia membacanya, amatlah wajar untuk kita menilai tahap kita berblogging. Nanti tak ada la syok sendiri berblogging.

1. Template
Template amat memainkan peranan yang penting bagi menarik minat pembaca untuk terus berada dalam blog anda. Jika anda sudah lama berblogging dan sudah selesa dengan kedudukan anda, sila cari mana-mana templat yang menepati kesesuaian dengan konsep blog anda. Sila pilih templat 1 atau 2 kolum sahaja. Blog yang unik adalah blog yang menarik.

2. Widget
Widget yang banyak hanya membuatkan blog anda berat. Asingkan mana yang perlu dan tidak perlu, pelawat hanya suka blog yang sederhana. Bagi penulis, widget recent comment, related post, archieves dan about me adalah wajib. Lain-lain terpulang asalkan tidak lebih dari lima.

3. Header Banner
Wajib ada. Banyak perisian yang boleh membantu anda mencipta Banner contohnya Adobe Photoshop. Jika anda tak pandai buat, rujuk photoshoptutorial.com.

4. Tatabahasa dan kesalahan ejaan
Walaupun selemah mana pun keputusan SPM anda, sila baiki cara penulisan anda. Elakkan kesalahan ejaan walaupun anda menggunakan bahasa pasar/rojak. Bahasa pasar masih boleh diterima ramai oleh pembaca tapi kesalahan ejaan hanya membuatkan anda seorang yang lemah. Sila lawati blog-blog yang matang dan lihat cara penulisannya, jadikan ianya sebagai inspirasi.

5. Kandungan penulisan
Bukan mudah untuk menulis sesuatu tanpa sesuatu rujukan bukan? Anda perlu pastikan apa yang anda ingin tulis dan apa yang anda harus tahu mestilah merujuk Google. Elakkan merujuk kawan-kawan blogger yang lain sebagai rujukan anda, kebarangkalian anda untuk mencopypastenya terlalu tinggi. Pastikan kandungan anda segar dan telah diolah mengikut gaya anda tersendiri. Jika terdesak, nyatakan dari mana sumber anda mencopypastenya jika anda kekeringan sumber.

Selain itu gunakan perkataan yang mempunyai nilai yang tinggi semasa menulis dalam tempoh masa tertentu. Contohnya pada minggu lepas perkataan Anwar Ibrahim, UMNO, liwat, permatang pauh dan Blog Menjerit hangat diperkatakan sekitar Malaysia. Eh! Blog Menjerit tak masuk carta. Selain itu, perkataan berbaur seks juga blog dijadikan modal untuk menulis, tetapi sebaiknya dielakkanlah.

Selepas sesuatu entri siap, sila sertakan sekeping gambar berukuran lebar posting anda sebelum ia dipublishkan. Jika sesuatu entri anda tidak terlalu kuat, imej yang bersesuaian dengan entri anda boleh meransang pengunjung untuk membaca. Itulah teknik yang digunakan penulis, harap ianya berhasil.

6. Jadual
Jangan paksa diri sendiri, cukuplah 3 entri seminggu. Kualiti lebih penting dari kuantiti. Kalau 1 entri setahun lebih baik lupakanlah niat tu.

7. Lain-lain
Pastikan anda mendaftar di Technorati, Negaraku!, Twitter, Mybloglog dan lain-lain lagi. Sekurang-kurangnya anda taklah kolot sangat.

Jika anda boleh serius berblogging, bacalah tips di atas.

Thursday, October 23, 2008

MEMBINA 3 COLUMN BLOG

Assalamualaikum dan salam sejahtera nyah nyah sekalian...

Hari ini Mak dapat request lagi, kali dari myri pulak. Dia ngada-ngada nak buat tiga kolum punya blog. Ok lah, mak ni baik hati nanti mak ajar sikit-sikit yer nyah, sabor ye..

Untuk membuat tiga kolum blog nyah harus ingat beberapa perkara:

1) Jika nyah menukarkan blog nyah yang sedia ada tersebut, semua links (pautan-pautan) yang nyah ada sekarang akan hilang. Oleh itu, nyah kena buat semula pautan-pautan tersebut.

2) Bukan sahaja pautan nyah, gambar-gambar yang terdapat pada layout luar (bukan dalam posting) blog nyah akan turut hilang.

3) Begitu juga dengan widget-widget yang telah ditambah, seperti jam, kalendar, widget surat khabar, hit kedatangan dan lain-lain lagi.

4) Walaubagaimanapun, posting anda akan kekal, begitu juga dengan gambr di dalam posting anda.

Oleh yang demikian, mak mencadangkan agar nyah CREATE A BLOG baru dekat dashboard tersebut, dan biarkan blog lama tersebut terus berfungsi. Kemudian, setelah nyah selesai menyediakan blog baru untuk 3 kolum itu, nyah hanya perlu copy paste sahaja code-code widget, pautan, dari blog lama nyah! OK? Kalau nak tukar yang lama jugak, haa...nyah kena la bersedia dengan risiko-risiko yang mak nyatakan di atas...eeiii, kalau mak, tak rela you!

Sebelum itu, untuk nyah-nyah yang tak tahu apekebendanya blog 3 kolum itu haaa...ni la bendanya

Ok, untuk tutuorial kali ini, mak tidak akan menukarkan bentuk blog mak yang sedia ada ini kepada 3 kolum. Sebaliknya, mak akan CREATE A BLOG (blog baru) pada dashboard. Kita akan buat blog baru, seperti biasa, kalau lupa, rujuk balik kelas yang lepas kat SINI (KLIK)

Jika nyah sudah ada blog baru, ok jom kita mulakan

Sebelum Mak terlupa, untuk menukar blog 2 kolum kepada 3 kolum memerlukan sedikit kesabaran dan kreativiti. Nyah perlu melungsuri web-web yang menawarkan template percuma untuk blog 3 columm ini. Di web-web ini, nyah boleh muat turun banyak lagi template-template yang cantik-cantik. Ianya di dalam bentuk file .XML dan ianya mudah digunakan.

Mak telah pun menyenaraikan beberapa web-web yang menawarkan template-template percuma. Ingat, untuk memudahkan kerja nyah, download file yang berakhir dengan .XML sahaja. Jika nyah memuat turun file berbentuk HTML, nyah terpaksa menukarkan kepada blog classic yang lebih rumit kerjanya!

Untuk permulaan, nyah cuba dulu download template yang telah Mak sediakan kat tepi blog ni atau kat sini.


Hanya right click dan save as sahaja. Muat turun dahulu sebelum menyambung kerja pembikinan blog ini tau!

Ok, bila dah selesai download, pastikan file tersebut berakhir dengan .XML dan sebagai contoh, jika nyah muat turun dari blog Mak, filenya akan bertulis begini
minibox_v1.2-blk-ctr.xml
Baik, mari kita teruskan langkah seterusnya...

Monday, October 20, 2008

MENAMBAH IMEJ PADA POSTING ANDA

Posting yang lepas Mak dah ajar macam mana nak add gambar pada layout luat blog anda. Kali ni, Mak nak ajar nyah cara nak add gambar dalam posting atau entry anda. Gambar memainkan peranan yang penting dalam penulisan anda. Jika penulisan anda dapat menarik perhatian pembaca, ianya tidak menjadi masalah besar. Namun jika penulisan anda agak hambar dan membosankan, anda HARUS MELETAKKAN APA-APA IMEJ ATAU GAMBAR bagi mengelakkan pembaca menjadi bosan...

Ok...senang aje...ikut step-step kat bawah nie...Sign In dulu tau!







OK SELESAI SUDAH TUTORIAL KITA KALI INI...KALAU ADA KEMUSYKILAN...JANGAN LUPA...KEMUKAKANLAH SOALAN NYAH PADA MAK YER...MAK RELA MENJAWABNYA...UPPSS DAH LAMBAT NAK PEGI DANDAN PENGANTIN NI...CHIOW!


KAWAN-KAWAN MAK BLOG

HI...NIE POSTING CONTOH UNTUK MENUNJUKKAN CARA-CARA MENAMBAH GAMBAR ATAU IMEJ KE DALAM POST ANDA! KAWAN-KAWAN MAK LA NI NYAH! AUWW!

MENAMBAH IMEJ @ GAMBAR PADA BLOG ANDA

Oklah anak-anak mak blog...dah lama mak blog tak posting. Tapi hari ni mak blog dapat satu request dari Cikgu Diella...dia tanya mak, macam mana nak tambah gambar dalam blog. So nyah, kali ni mak nak ajar camner nak add gambor dalam blog ye...

Kalau nyah nak tambah gambar, nyah kena decide kat mana nyah nak letak gambar tau. Nyah nak letak kat layout ke kat posting. Kalau kat layout, bermakna nyah nak kekalkan gambar tu sebagai gambar statik. Kalau kat posting pulak, maknanya nyah nak menulis posting sambil menambah gambar sebagai penyedap baca. Mak bagi contoh ye...


MENAMBAH GAMBAR PADA LAYOUT

Sign in ke blog nyah terlebih dahulu. Lepas tu klik pada LAYOUT. Then...nyah follow je steps kat bawah nie...




OK..DAH SELESAI...NANTI MAK AJAR NYAH TAMBAH GAMBAR KAT RUANGAN POSTING PULAK YER...MAK NAK PEGI KARAN RAMBUT NIE...